Najmi Nawawi

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sejarah penubuhan

Headwithserban telah ditubuhkan pada awal 2014 oleh akhi Najmi Nawawi, seorang pelajar perubatan di bumi India. Berumur 21 tahun (2014). Penulis sedar bahawa anak muda zaman kini mudah didekati malalui alam maya. Atas dasar itulah, penulis cuba mendekati pemuda melalui laman - laman sosial yang ada. Visi penulis ialah 'Sebarlah kebaikan disamping memperbaiki diri'. Dengan visi dan semangat inilah, headwithserban sudah berjaya menjadi sebuah laman dakwah yang dikenali di laman sosial. Berdakwah dalam cara yang santai namun berprinsip dan tidak gugup memperjuangkan kebenaran.

Hari ini, Alhamdulillah Headwithserban telah bergerak aktif dalam 4 laman sosial, yakni twitter, facebook, instagram dan blog. Dengan harapan yang tinggi untuk memastikan anak muda tidak terus tengelam dalam perkara yang sia-sia, admin akan terus menerus memberi nasihat, motivasi dan dakwah dalam peningkatan jati diri dan sahsiah pemuda.

Manusia itu sifatnya alpa, lemah dan lalai. Maka peringatan perlu sentiasa disuntik agar yang sedang bermimpi mampu bangun kembali. Bukan menulis sekadar mengisi masa lapang, namun penulis menulis dengan matlamat untuk kita sama-sama ke syurgaNya! Inilah isi hati penulis. Moga kerja dakwah yang dilakukan ini mendapat keredhaanNya.

Najmi Nawawi juga merupakan seorang activist ISMA, malah beliau juga turut menjadi analyst di IRIS Institute dan Focus. Beliau juga telah berjaya menerbitkan dua buah buku yakni Head with serban dan juga Head with serban 2.

Harapan

Sudah pastilah harapan penulis agar para pembaca terus-menerus menyokong perjuangan dakwah ini. Penulisan yang kadang-kadang serious, kadang-kadang sedih, kadang-kadang lawak dan kadang-kadang pelik membuatkan karya penulis sangat diminati ramai. Namun jika ada diantara penulisan penulis yang salah, baik dari sekecil-kecil kesalahan bahasa sehingga sebesar-besar kesilapan fiqh, maka nasihat dan tegurlah penulis. Penulis sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka,

Follow heawithserban di twitter, facebook, instagram, telegram channel dan juga blog ini. Semoga kerja penulisan yang kecil ini mampu menjadi saham amal buatnya di akhirat nanti. Klik nama penulis bawah ini untuk pergi ke blog peribadi penulis. Untuk makluman, blog di bawah ini sudah lama ditubuhkan sejak 2009 lagi. Jom jenguk blog peribadi penulis.

Najmi Nawawi.