4 buku berjaya diterbitkan

 1) Head With Serban



Alhamdulillah, buat pertama kalinya admin telah berjaya menerbitkan buku sendiri yang bertajuk 'headwithserban'. Sebuah buku yang berkisarkan liku-liku kehidupan insan yang bergelar daie dalam melalui lautan dugaan dan cabaran di muka bumi ini.

Mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan ketika berusia 17 tahun melalui medium penulisan blog. Admin juga telah mengasas dan menjadi penulis di laman sosial yang dikenali ramai yakni headwithserban yang kini sangat aktif dalam menyampaikan dakwah, motivasi dan juga peningkatan sahsiah diri remaja dan belia. Headwithserban yang bergerak melalui laman sosial seperti twitter, instagram, facebook dan blog, kini telah mempunyai ribuan followers.

Admin lebih suka mempamerkan gaya dakwah yang santai sama ada melalui penulisan dan juga penampilan diri, supaya lebih dekat dengan jiwa pemuda masa kini. Harapnya, agar lebih ramai pemuda pemudi yang sedar akan potensi diri yang mereka ada, seterusnya dapat menyumbang kepada ummah tercinta.

Setiap orang pasti memiliki caranya tersendiri dalam penulisan. Ada yang mempunyai gaya penulisan yang tegas, ada juga yang lembut, dan ada juga yang suka menyentap-nyentap. Namun admin ialah seorang penulis yang flexible, dan suka untuk menulis mengikut kesesuaian keadaan dan perkara yang dibincangkan.

Jika Syed Qutb menulis tafsir Fi Zilal ketika dalam tahanan penjara, Salim Fillah mendapat inspirasi menulis di dalam kereta api, penulis Harry Potter yakni JK Rowling menulis sambil minum di café ditemani muzik, maka admin juga mempunyai cara tersendiri dalam memperoleh inspirasi untuk menulis. Admin ialah seorang penulis yang kebiasaannya menulis setelah membaca.

Berpegang kepada kata-kata seorang sasterawan terkemuka,

“Jika ingin menjadi penulis pertama kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.” A. Samad Said.

Buku ini disiapkan dalam tempoh setahun, setelah menghadapi pebagai dugaan dan cabaran. Admin yang pada awalnya menulis buku ini di iPad akhirnya duduk kesedihan apabila iPad admin dicuri. Namun dengan semangat dan azam yang tinggi admin teruskan usaha menulis kembali apa yang hilang, namun kali ini admin lebih berhati-hati dan akan terus save ke email setelah siap satu article yang baru. Alhamdulillah, akhirnya buku ini dapat disiapkan.

Head With Serban

Tidaklah keterlaluan jika admin katakan bahawa buku ini ialah sebenarnya kisah kita bersama. Hakikatnya, kita semua hidup di muka bumi ini dituntut atas kewajiban untuk menjadi seorang daie. Bukan sekadar daie celup, namun kita perlu menjadi daie yang sebenar.

Hari ini kita berhadapan dengan pelbagai isme-isme seperti hedonism, liberalism, skularism dan banyak lagi yang seringkali menggoyahkan jati diri, dan membuat logam-logam yang pada awalnya bersinar menjadi karat.

Menjadi seorang daie perlu faham dengan jelas akan tanggungjawab yang dipikulnya. Dia perlu kenal siapa musuhnya, agar diri selamat dari perangkap lawan. Daie yang sebenar itu tidak terperangkap dengan isu remeh temeh seperti cara nak menulis 'insyaAllah' dan masalah couple. Kerana daie yang sebenar itu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada itu.

Admin memilih koleksi tulisan yang berkaitan dengan kehidupan seorang daie, dan dimuatkan di dalam buku ini, “Head With Serban!”

Bacalah

Salah satu element penting yang perlu dikuasai oleh seorang daie ialah membaca. Maka, seorang daie itu tidak boleh menjadi seorang yang malas untuk membaca. Banyakkan membaca buku-buku tarbiyah yang dapat membangunkan jati diri seorang individu muslim.

Hari ini, lambakan buku-buku boleh didapati di bookstore berhampiran. Pilihlah yang boleh mendatangkan manfaat kepada pembentukan diri kita. Kita perlu banyak membaca buku-buku yang dapat membantu memantapkan fikrah terlebih dahulu sebelum mula membaca buku-buku lain. Agar nanti tidak goyang dan mudah terikut-ikut dengan pemikiran-pemikiran yang tidak sihat.

Harapan

Pertama sekali, buku ini tidak lain dan tidak bukan khusus buat diri admin sendiri, yang cakap tidak serupa bikin. Seorang pemuda yang kadang-kadang alpa, lalai dan leka dalam hidup.

Kedua, admin harap buku ini mampu menyedarkan singa-singa umat yang tertidur. Mengejutkan mereka yang menyangka selama ini mereka bergerak sebagai daie, namun hakikatnya tidak. Mereka yang mengaku daie, tapi masih tengelam dalam mimpi indah ‘syok sendiri’. Semoga buku ini mampu mengejutkan mereka persis bunyi bising alarm berbunyi dipagi hari mengejutkan mereka yang tidur.

Ketiga, tulisan ini admin dedikasikan khas buat abi dan ummi yang berada di Malaysia yang tidak putus-putus menyokong kerja dakwah admin. Begitu juga buat isteri tercinta, ahli keluarga, sahabat-sahabat seperjuangan, dan semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

2) Head With Serban 2



Ada orang tanya

Ada orang tanya, apa seronoknya menulis buku? Tak penat ke?  Maka jawabku ringkas, kerana aku mahu penatlah, sebab itu aku menulis. Agar masa lapangku tidak tersia dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada juga orang tanya, bukan ramai pun suka baca buku, pasti tak ramai baca nanti kan. Ya, tapi dari sedikit yang membaca itulah ku sandarkan harapan agar terus menyampai. Agar yang sedikit itulah menyinar dalam gelap gelita. Ada juga orang tanya, adakah aku rasa aku layak untuk menulis buku sebegini? Jujur jawabku, kerana aku rasa tidak layak, sebab itu aku berusaha untuk menjadi layak. Kerana memperbaiki diri itu perlu bergerak seiring dengan berdakwah.

Head with serban 2

Alhamdulillah syukur kepada tuhan, akhirnya buku ini berjaya juga disiapkan. Buat diri penulis sendiri yang jujurnya tidak menyangka akan mampu menerbitkan buku ini. Sebuah buku sambungan kepada buku Head with serban yang pertama yang sudah diulang cetak sebanyak empat kali. Buku Head with serban yang pertama juga pernah menjadi MPH bestseller dan juga viral di page-page facebook yang popular. Tak dilupakan pernah juga terbit di keratan akhbar Utusan Malaysia.

Macam movie, ada episode satu, dua dan tiga.

Kini Head with serban kembali lagi, dengan Head with serban 2 yang mengorek lebih dalam hal-hal pembentukan sahsiah remaja. Dengan harapan dan misi yang sama, untuk membawa kita semua duduk dan fikir mencari kekuatan bagi sama-sama menempuhi kehidupan di muka bumi ini. Ayuh sama-sama kita membelek dan membaca setiap helaian Head with serban 2 ini agar dapat kita jadikan motivasi diri, persis bunyi gong yang menaikkan semangat perang.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ummi dan abi saya yang tidak putus-putus memberi sokongan dan galakan kepada saya. Begitu juga kepada isteri tercinta yang sentiasa berada di sisi, saat susah dan senang. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan, dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

 3) Kuch Kuch




Ya Akhi, ya ukhti. Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan Kuch Kuch? “Eh macam pernah dengar je, tapi tak pasti la akhi. Erm..” Tak tahu ya. Cuba tanya mak atau kakak atau mana-mana ahli keluarga yang lain. Kalau ada kawan dekat-dekat tu, cuba tanya mereka, apa yang dimaksudkan dengan Kuch Kuch. Mungkin kalau ada yang pernah tengok cerita Kuch Kuch Hota Hai, mesti mereka tahu serba sedikit maksud dia. Cerita Hindustan paling famous la katakan, pelakon dia Dato Shah Rukh Khan kot. Siap dah dapat pangkat dato lagi. Hihi. Still tak tahu maksud dia? Tak apa. Don’t worry be happy. Saya akan beritahu. Jeng-jeng ketahuilah maksudnya ialah,
Sesuatu sedang berlaku!

Ya! Buku ini ingin menceritakan tentang sesuatu sedang berlaku! Sama ada kita sedar atau tidak sedar. Sama ada kita dengar atau tidak dengar. Sesuatu sedang berlaku. Nak tahu apa yang sedang berlaku? Kena habiskan bacaan buku ini sampai ke helaian terakhir dahulu. Sedikit demi sedikit kita akan sama-sama reveal, bangkit dan sedar akan apa yang sedang berlaku! Kerana buku ini menceritakan tentang hidup kita. Bahkan tidaklah keterlaluan jika saya katakan buku ini sebenarnya kisah kita bersama.

Biasa baca buku indie macam ni? Dah banyak dalam koleksi? Satu je kami nak beritahu, kalian pasti menjumpai perbezaan yang sangat-sangat berbeza masa abaca buku ini nanti. Kerana buku ini bakal menusuk qalbu ruangan hati paling dalam korang. Bakal buat mimpi malam korang berubah. Seram? Nak lagi seram. Ketahuilah buku ini bakal ubah hidup korang atas izin-Nya!

Ya akhi, ya ukhti. Buku ini ditulis oleh kami anak-anak Malaysia yang kini berada di bumi India. Umur kami rata-rata macam korang juga. Kami memahami kehendak hati remaja macam kita ni. Ya kita! Kita yang jiwanya nak rebel, penuh semangat, nak cuba macam-macam ni kan. Korang dan kami tak ada beza. Tapi ada sesuatu yang kami nak share. Ada sesuatu yang sedang berlaku. Ada sesuatu yang urgent untuk kami sampaikan. Kami tulis jauh di India, di lewat malam. Walaupun kami ini tidaklah reti sangat nak menulis. Tapi sebab kami sayang korang. Kami sayang sangat-sangat kat korang, kami tidur lewat malam tulis buku ini. Penuh tulus ikhlas untuk korang sebab korang sahabat kami.

 4) Heart With Iman



                                           


Heart With Iman merupakan buku dari penulis sekuel bestseller Head With Serban yang pernah menjadi fenomena dunia penulisan. Dinobatkan sebagai bestseller di rangkaian kedai buku Popular, Kinokuniya, dan juga MPH seluruh Malaysia. Bahkan turut dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk ditempatkan di Perpustakaan Desa seluruh negara.
Sepertimana sekuel Head With Serban dan Head With Serban 2. Kini Najmi Nawawi yakni penulis, mengekalkan gaya penceritaannya yang santai dan bersahaja dalam buku terbarunya ini yang bertajuk Heart With Iman.
Najmi Nawawi pernah ditanya, kenapa buku terbarunya bertajuk Heart With Iman? Maka jawab beliau,
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye…
Mendengar itu sudah cukup membuatkan kita tidak sabar untuk memiliki naskah buku terbarunya ini. Apa yang mahu disampaikan oleh beliau kali ini?
Apa yang pasti, ianya bakal menggegarkan Malaysia sepertimana Head With Serban sebelum ini.